aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

08 Mac 2012

TINGGAL KENANGAN ABADI.....

Minta maaf pada ahli PRS SMK Pandan kerana saya terlewat untuk uploadkan gambar pada "majlis kejutan" pada 23 Februari yang lalu.  Maklum sahajalah saya baru bertugas di sekolah baru, banyak perkara yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu.  Di sini saya sertakan gambar-gambar saya dan kalian yang akan menjadi kenangan pada diri saya.  Terima kasih atas majlis yang kalian rancangkan buat saya, saya merasa sangat terharu kerana anda dapat merancang walaupun masa yang ada terlalu singkat tetapi kalian dapat merancang dan melaksanakannya dengan baik.  Terima kasih sangat-sangat ye.... Pada saya anda adalah pelajar yang sangat baik dan yang paling saya sayang.  Pesanan saya jagalah imej PRS yang baik itu dan jalankan tugas sebaik mungkin.  Siapapun yang bakal mengganti saya, terimalah dia sebaik mungkin dan berikan kerjasama yang padu kepadanya.  Saya mendoakan kebahagiaan kalian dan juga kejayaan dalam hidup dunia serta akhirat.  

Salam rindu dan salam sayang....dr bekas kaunselor SMK Pandan....






























21 Februari 2012

SELAMAT TINGGAL SMK PANDAN....

Setelah berada di SMK Pandan selama 10 tahun 1 bulan 16 hari saya telah berjaya memohon pertukaran ke sekolah lain, juga dalam daerah Kuantan.  Oleh itu, blog ini tidak akan diupdate....

Sepanjang 10 tahun lebih di SMK Pandan, begitu banyak kenangan pahit dan manis yang telah saya lalui....kesemua pengalaman tersebut telah mematangkan saya sebagai seorang penjawat awam dan kaunselor.  Semoga kesemua pengalaman itu akan menjadi panduan kepada saya  dalam menghadapi suasana baru nanti....

InsyaAllah saya akan menulis di blog lagi tapi dalam alamat blog yang lain khusus untuk pelajar saya di sekolah baru saya nanti...juga di blog peribadi saya....jika sudi kunjungilah ye....

Hari terakhir saya berada di SMK Pandan adalah pada 23 Februari....oleh itu saya mohon kemaafan kepada semua pengunjung blog ini, andai kata saya telah terlepas kata, terguris rasa....seribu kemaafan dipohon.

Wassalam...

***********************************************************







08 Februari 2012

4 CARA TIDUR MENURUT ISLAM

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


****************************************************



07 Februari 2012

7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR



1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.


2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu dan tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.  Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.  Itulah mayat orang yang suka makan riba.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum.   Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Marilah kita mengerjakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

***************************************************************



06 Februari 2012

PETUA IMAM SYAFIE UNTUK UMAT ISLAM



Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
 


Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
 


Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
 


Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



****************************************************

07 Januari 2012

MENCIPTA MOTIVASI DIRI

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi adalah :



1. Bersyukur

Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup.  Anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.



2. Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya.  Ambil beberapa artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email,  surat khabar ,  baca gosip-gosip mahupun sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab  ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.


3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit untuk  memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek.

Motivasi harus dijaga kerana kalau tidak dijaga ia mudah turun.  Kesannya  anda menjadi tidak bersemangat.



4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula “punch card”  hendak masuk kerja bacalah bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai dan mengantuk.



Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari  masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak buka buku, mulakan semuanya dengan bismillah.  Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk sahaja ke dalam kelas,  pasang niat anda mahu menuntut ilmu.  Bila istiqamah melakukannya, anda mempunyai  peluang cerah untuk menjadi cemerlang.


5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Mulai hari ini, ubah sikap anda.  Set target apa yang anda mahu capaI pada setiap hari.
Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda hendak ulangkaji,  berapa buah buku yang anda hendak baca dalam minggu ini, berapa soalan anda hendak bertanya pada guru anda nanti.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda hendak siapkan dan set peruntukan  masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja dinilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.


6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.


7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu.  Maafkan orang pada iwaktu pagi.  Maafkan kesalahan  mereka semuanya dari dulu sampai sekarang. 
Lepaskan dendam, rasa tidak puas hati, geram da sakit hati.   Andai emosi-emosi negatif  ini bersarang di hati (walaupun sedikit)  ia menghalang motivasi.   Kesannya, anda jadi orang yang tidak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup


Sumber ~ penpatah



*************************************************************************


06 Januari 2012

AMBILLAH WAKTU......




Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi 


Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan 


Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan 


Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan 




Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan 


Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati 


Ambillah waktu untuk memberi, itu membuat hidup terasa bererti 



 


Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. 


 Gunakan waktu sebaik mungkin kerana waktu tidak akan boleh diputar kembali..

Sumber ~ akuloveislam


***************************************************************************